Aku rasa macam nak hibernasi je kat rumah aku sekarang ni. Rilek-rilek. Tengok tv. Dengar CD. Best!
Bintang kecik - Bo, nanti gua balas tag lu! Siap lu nanti..
Saturday, November 8, 2008
Thursday, November 6, 2008
Kehidupan aku hari ini semakin bersinar..
Hari ni aku kurang makan. Aku risau. Adakah nafsu makan aku dah hilang? Hari ni aku hanya makan 6 keping roti je. Kalo tau aku puasa je, ganti puasa yang lalu. Tapi nafsu nak merokok sukar dibendung. Ciss! Aku nak salahkan apek depan umah aku. Dia boleh jual rokok Pall Mall Menthol 20 dengan harga hanya RM5.80. Gile murah! Tu yang membuatkan nafsu merokok aku sukar dibendung (alasan). Ye, aku bercita-cita nak diet. Nak jadi macam hero dekat atas tu. Segak je aku tengok. Haha..
*****
Ok lah, disebabkan nafsu makan aku berkurangan hari ni, aku mengambil peluang untuk meronda-ronda pekan Parit Raja. Impian di dalam hati nak pergi ke bundle Ayer Hitam. Tetapi on the way ke Ayer Hitam aku ternampak satu bundle di Parit Raja ni buat jualan murah. Dah lama aku tak jenguk bundle ni. So, aku mengambil keputusan untuk singgah bundle tersebut dengan harapan menggunung. Banyak pulak t-shirt kat sini. Aku suka cari t-shirt yang murah-murah je. Belek punya belek, ni yang aku jumpa!


T-shirt band Shelter! Band krishna hardcore/punk dari US yang dianggotai oleh Ray Cappo (Youth of Today, Better Than A Thousand). Line up band ni sentiasa berubah-ubah mungkin disebabkan pegangan mereka agaknya. Band ni memegang ajaran Krishna. Shelter telah wujud dari tahun 1990 dengan rilisan pertama mereka Perfection of Desire dan sehingga kini mereka telah menghasilkan 12 buah album. Pada tahun 2001, mereka telah berpecah. Tetapi Ray masih bersemangat untuk menghidupkan band ini semula. Pada tahun 2002, mereka telah meriliskan album The Purpose, The Passion dan telah menjelajah US dalam rangka promosi album ini. Dan pada May 2006, Shelter telah menghasilkan album Eternal dibawah naungan Goodlife Recording.
Aku sangat teruja memiliki t-shirt band ini kerana aku cukup meminati band ini. Tapi takde la sampai aku nak ikut ajaran Krishna dorang tu. Sengal! T-shirt band ini adalah sempena album mereka yang ke 10 iaitu When 20 Summers Pass. Original dari US dengan saiz M. Condition memang baik punya. Memang rezeki aku la harini. Syukur.
Opss.. lupa nak bagitahu. Aku tak nak jual baju ni.
Bintang kecik - Kadang-kadang instinct kita boleh bagitahu sesuatu.
*****
Ok lah, disebabkan nafsu makan aku berkurangan hari ni, aku mengambil peluang untuk meronda-ronda pekan Parit Raja. Impian di dalam hati nak pergi ke bundle Ayer Hitam. Tetapi on the way ke Ayer Hitam aku ternampak satu bundle di Parit Raja ni buat jualan murah. Dah lama aku tak jenguk bundle ni. So, aku mengambil keputusan untuk singgah bundle tersebut dengan harapan menggunung. Banyak pulak t-shirt kat sini. Aku suka cari t-shirt yang murah-murah je. Belek punya belek, ni yang aku jumpa!
Aku sangat teruja memiliki t-shirt band ini kerana aku cukup meminati band ini. Tapi takde la sampai aku nak ikut ajaran Krishna dorang tu. Sengal! T-shirt band ini adalah sempena album mereka yang ke 10 iaitu When 20 Summers Pass. Original dari US dengan saiz M. Condition memang baik punya. Memang rezeki aku la harini. Syukur.
Opss.. lupa nak bagitahu. Aku tak nak jual baju ni.
Bintang kecik - Kadang-kadang instinct kita boleh bagitahu sesuatu.
Wednesday, November 5, 2008
Aku kena tembak oleh Miss Daimen!
Haa.. Miss Daimen. Ni saya menyahut cabaran anda ye!
1. What are you wearing?
~ Deepset t-shirt and short pants
2. What did you do last night?
~ Surf the net and smoke a lot!
3. Favorite Memory with significant other?
~ Tolak kereta bersama-sama. hehehe...
4. Last gift received?
~ Baju Black Flag oleh kekasih hati, Miss Daimen
5. Describe the last picture you were in?
~ Picture bersama Miss Daimen masa makan di Sayam lepas gig.
6. Last thing you ate?
~ Snack plate KFC!
7. Last thing you drank?
~ Nes 3 in 1
8. What kind of underwear are you wearing?
~ Watpe nak pakai malam2?
9. What was your best vacation?
~ BORNEO trip with Plague of Happiness!
10. What are you most looking forward to in the next vacation?
~ Bandung here we come!
11. What is happening around you?
~ Aku tinggal sorang dalam bilik ni. Hanya bunyi kipas yg kedengaran
12. What is your shoe size?
~ 8.5
13. Last event you dressed up for?
~ Presentation Progress Master research.
14. What is the most cheap thing you bought?
~ Gula-gula Hacks hitam 10sen.
15. What is the most expensive thing you have on right now?
~ My Kelisa.
16. What is your favorite smell?
~ Bantal pelok aku.
17. Is there something you really want to buy right now?
~ T-shirts and lots of t-shirts!
18. What are your nicknames?
~ Endy
19. What are your plans for today?
~ Ronda-ronda usha bundle.
20. Describe your friendster picture.
~ At Kota Kinabalu with Miss Daimen.
21. Describe your myspace picture.
~ City Square JB bebeh!
22. Describe your facebook picture.
~ Same with myspace picture.
23. What did you do last weekend?
~ Dating with my Daimen.
24. Favorite brand of clothes?
~ Ermm..takde.
25. What is your ringtone?
~ Naxalite by Asian Dub Foundation.
Siap! Okay tak Miss Daimen? Tu la survey jujur dari aku. Sekarang ni aku nak juga tembak kawan-kawan yang lain. So, ni list kawan-kawan aku yang malang tu ye:
1. Rambo
2. Apek Telor
3. Alina
4. Zamie
5. Farah
6. Rajuna
7. l.i.f.e
8. Miss Ezzah
9. Cik Cha Cha Cha
10. Nas PoH
11. Azmal PoH
12. Timmy Cacat
Tuesday, November 4, 2008
Persoalan minda [Part 1]
Kenapa kalau kita berkaraoke, kita mesti nak ikut lenggok suara penyanyi asal lagu tersebut eh? Ada sesiapa boleh tolong jawabkan tak? Aku dah berhari-hari tidur lewat memikirkan persoalan ni.
Hurmm..
Hurmm..
Monday, November 3, 2008
Makan asam pedas ketika cuaca panas sungguh mengasyikkan..
Beberapa fakta mengenai Asam Pedas Mak Pon:
- Medan Asam Pedas ini terletak kira-kira 40 km daripada bandar Muar. Amat mudah untuk dijejaki kerana terdapat signboard besar 'MEDAN ASAM PEDAS PARIT JAWA' di sepanjang jalan Muar - Batu Pahat. Korang takkan sesat. Kalau sesat memang nak kena hempuk.
- Gerai Mak Pon ni terletak di hujung sekali medan selera ini. Gerai ini terletak bersebelahan tandas awam medan selera ini. Jangan risau, bau tandas tak sampai ke gerai ini.
- Kesemua gerai di medan selera ini menjual masakan asam pedas tetapi gerai Mak Pon la yang paling ramai pengunjung. Caya lah Mak Pon!
- Pengunjung gerai ini terdiri daripada berbilang kaum. Aku suka suasana macam ni. Terasa perpaduan kaum gitu.
- Gerai Mak Pon hanya menjual masakan asam pedas sahaja pada waktu tengahari. Jangan memandai nak order ayam masak kicap mahupun pecal ikan keli. Memang kena karate dengan pekerja Mak Pon!
- Terdapat 5 jenis ikan yang dimasak asam pedas di gerai ini iaitu ikan Sembilang, Kembong, Cencaru, Merah dan Siakap. Ikan yang disediakan sangat segar kerana bekalan ikan mudah didapati. Medan selera ini terletak bersebelahan jeti ikan Parit Jawa.
- Setiap hidangan disertakan dengan sayur kobis goreng, telur dadar dan juga sambal belacan. Ringkas tapi mengancam nafsu makan. Asam pedas yang dihidangkan panas, menambah selera. Tapi rasa asam pedas di sini kurang kick mengikut citarasa aku. Terlalu cair dan sedikit tawar. Tapi, ikan sangat segar!
- Harganya juga sangat berpatutan. Aku bersama Mak Uda aku dan kekasih hati telah memakan asam pedas ikan Merah (kepala), sayur kobis goreng, telur dadar, sambal belacan, 3 pinggan nasi putih, 1 sirap limau ais, 1 teh o ais limau dan 1 air limau asam boi hanya RM25. Perhatian: Harga adalah mengikut harga pasaran jenis ikan yang dipilih.
- Layanan oleh pekerja yang cekap juga membuatkan aku selesa makan di sini. Pekerja Mak Pon memang peramah dan mempunyai semangat kerja yang tinggi. Chewahh!
- Apa yang mengecewakan aku adalah dari segi kebersihan gerai. Lantai ruang makan di depan gerai agak kotor. Adalah lebih baik jika ada pekerja yang diberi tanggungjawab untuk sentiasa membersihkan lantai.
Rating - 3
Simptom:
Port santai..
Wednesday, October 29, 2008
Tuesday, October 28, 2008
Tag oleh Miss Daimen & Cik Cha Cha Cha
1. Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
Aku pun nak try tag la kawan2 aku:
1. Rambo
2. Apek Terror
3. Sin Chan
4. l.i.f.e
5. Farahwahida
6. Muor76
7. Ukee (i luv kuching)
8. Azmal PoH
9. Nas PoH
10. Pidah
Bintang kecik - muka aku huduh, so aku display badan aku yang huduh je la eh.
2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.
3. Post that picture with NO editing.
4. Post these instruction with your picture.
5. Tag 10 people to do this.1. Rambo
2. Apek Terror
3. Sin Chan
4. l.i.f.e
5. Farahwahida
6. Muor76
7. Ukee (i luv kuching)
8. Azmal PoH
9. Nas PoH
10. Pidah
Bintang kecik - muka aku huduh, so aku display badan aku yang huduh je la eh.
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)


